Friday, 29 May 2015

LAWATAN PENGAWAS PSS & PENGAWAS SEKOLAH

Pada 27 Mei 2015 Pengawas PSS dan Pengawas sekolah telah mengadakan lawatan ke
Loji Percetakan Utusan Malaysia  dan Perbadanan Perpustakaan Awam Seberang Jaya.
Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang tugas di Loji Percetakan  Utusan Malaysia dan juga memberi pengalaman melaksanakan aktiviti di Perpustakaan Awam Seberang Jaya. Murid- murid telah memulakan lawatan pada pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang. Lawatan ini diadakan pada hari persekolahan .













SAMBUTAN HARI GURU

Pada 18 Mei  2015 Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Majlis tersebut berjalan dengan lancar dan  pelbagai acara telah dilaksanakan . Pusat Sumber Sekolah telah mengambil kesempatan melaksanakan aktiviti
  • Pameran Bertema 
  • Jualan cenderahati 
  • Jualan kad ucapan 
  • Pohon Hari Guru
Selain itu pelbagai aktiviti  seperti pertandingan mewarna untuk murid serta  pertandingan untuk guru seperti menganyam ketupat, mengupas buah epal, makan biskut dan pertandingan menyenaraikan rempah ratus . Acara kemuncak  adalah penyampaian Tokoh Guru Sekolah Kebangsaan Juru yang disampaikan oleh wakil pihak CCM. Tokoh guru telah dianugerahkan selendang dan wang tunai RM500.00. Tokoh guru 2015 telah disandang oleh En Jabri Hasan Guru Besar SK Juru.



PERTANDINGAN MENGANYAM KETUPAT

 JUALAN CENDERAHATI -AKTIVITI PSS UNTUK MENAMBAH SUMBER KEWANGAN
PERTANDINGAN MENGUPAS BUAH EPAL


PAMERAN HARI GURU DI PSS





PERASMIAN GALERI SARANA SEKOLAH

PERSEMBAHAN MURID UNTUK GURU

WAKIL CCM

UCAPAN MURID KEPADA GURU- POHON HARI GURU -AKTIVITI PSS

Tuesday, 12 May 2015

BERITA

BERITA
Sekolah Kebangsaan Juru,12 Mei 2015 (Selasa)- Hari ini  murid -murid sekolah  Kebangsaan Juru menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2015. Bagi murid Tahap 1, peperiksaan bermula  pada  hari ini  , manakala murid tahap 2 bermula  sejak semalam.. Peperiksaan akan berlangsung selama seminggu. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti sampingan untuk menceriakan persekitaran sekolah..

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencantikkan kolam ikan yang sedia ada  disamping menanam pokok bunga untuk menambah baik  tempat tersebut. Bagi menambah keceriaan di kawasan  tersebut juga pihak pentadbiran telah mengambil inisiatif membuat sangkar burung dan meletakkan beberapa ekor burung yang cantik .Selain itu pihak sekolah juga telah menggunakan bahan-bahan terpakai sebagai satu inovasi bagi menghasilkan bekas menanam pokok bunga dan sebagai perhiasan dengan menggunakan tayar kenderaan.

Bagi tujuan itu beberapa orang guru  telah  terlibat  dalam melaksanakan projek keceriaan ini. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.Selain itu projek keceriaan ini diteruskan  oleh guru besar dan pekerja pada sebelah petang. Team guru besar telah melaksanakan projek keceriaan   di beberapa lagi bahagian yang memerlukan penambahbaikan. Hasilnya adalah  sudut PPPM , papan tanda Sarana PIBG dan Keceriaan Kolam Ikan .Seperti kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung mana kan  dapat sagunya.















Sunday, 10 May 2015

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DAN JAYA WARIS 2015

Pada 26  dan 27 Mac 2015 yang lalu Sk Juru telah melaksanakan Program Kecemerlangan UPSR dan Jaya Waris bertempat di SK Juru. program tersebut bermula pada 7.40 pagi dengan pendedahan dan teknik menjawab kertas soalan BM pemahaman Bahasa Inggeris dan Sains. Aktiviti ini berakhir jam 4.30 petang.
Pada 27 Mac 2015 aktiviti diteruskan dengan Kem Matematik sehinga jam 10.40 pagi
Selain itu diadakan penyerahan rekod prestasi Tahun 6  pada jam 11.00- 12.00 tengahari.Pada petang diteruskan dengan kem Bahasa Malaysia Penulisan.

Aktiviti murid diteruskan dengan persiapan diri ,solat dan makan malam.Pada jam 8.00 malam bermula Aktiviti Jaya Waris  dengan Ceramah bertajuk " Ayahanda Bonda Bantulah Kami"
Penceramah jemputan merupakan Pegawai Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah Sisc+ PPD Selatan.





KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

Pada 21 hingga 23 April 2015, Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan Program KM1M. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kuiz Komuniti ASEAN, Pertandingan Menulis Sajak sempena Hari Guru, teka silangkata dan aktiviti Literasi Maklumat.