Sunday, 10 May 2015

Program Orientasi Pusat Sumber 2015

Pada 23 hingga 27 Mac 2015, Program Orientasi Pusat Sumber telah dijalankan untuk memberi pendedahan serta memperkenalkan kepada murid-murid dan guru-guru terutama yang baharu berkaitan Pusat Sumber Sekolah.
    Tujuan orientasi ini dijalankan untuk memberi kefahaman kepada murid tentang peraturan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber. Selain itu, dapat memupuk sikap suka membaca dan memberi pendedahan berkaitan bahan-bahan yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah.
   Antara isi kandungan yang disampaikan ialah struktur organisasi Pusat Sumber Sekolah, peraturan Pusat Sumber, pekhidmatan, jenis-jenis bahan, sistem pengelasan Dewey, NILAM, rekod penggunaan Pusat Sumber, sudut-sudut di Pusat Sumber dan aktiviti PSS.
  







         


No comments:

Post a Comment