Pada 16 Mac 2015 Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk melaksanakan Laluan Maklumat Komuniti Asean bersama Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Panitia Sejarah serta Guru bimbingan dan Kaunseling . Aktiviti ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat tentang negara-negara ASEAN kepada warga sekolah. Di samping itu, dapat menyediakan satu Sudut atau Laluan ASEAN Komuniti untuk meningkatkan pengetahuna dan kesedaran berkaitan ASEAN komuniti.
Antara pengisian Laluan ASEAN Komuniti ialah pengenalan kepada ASEAN, sejarah penubuhan, senarai negara anggota, bahasa rasmi setiap negara, jumlah penduduk, kaum majoriti, matawang, lokasi negara dalam peta, maklumat kebudayaan dan maklumat geografi.
Hasil kerjasama yang erat dan padu, aktiviti Laluan ASEAN Komuniti dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang terlibat.
No comments:
Post a Comment