BERITA
Sekolah Kebangsaan Juru,12 Mei 2015 (Selasa)- Hari ini murid -murid sekolah Kebangsaan Juru menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2015. Bagi murid Tahap 1, peperiksaan bermula pada hari ini , manakala murid tahap 2 bermula sejak semalam.. Peperiksaan akan berlangsung selama seminggu. Kesempatan ini telah diambil oleh pihak sekolah untuk melaksanakan aktiviti sampingan untuk menceriakan persekitaran sekolah..
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mencantikkan kolam ikan yang sedia ada disamping menanam pokok bunga untuk menambah baik tempat tersebut. Bagi menambah keceriaan di kawasan tersebut juga pihak pentadbiran telah mengambil inisiatif membuat sangkar burung dan meletakkan beberapa ekor burung yang cantik .Selain itu pihak sekolah juga telah menggunakan bahan-bahan terpakai sebagai satu inovasi bagi menghasilkan bekas menanam pokok bunga dan sebagai perhiasan dengan menggunakan tayar kenderaan.
Bagi tujuan itu beberapa orang guru telah terlibat dalam melaksanakan projek keceriaan ini. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.Selain itu projek keceriaan ini diteruskan oleh guru besar dan pekerja pada sebelah petang. Team guru besar telah melaksanakan projek keceriaan di beberapa lagi bahagian yang memerlukan penambahbaikan. Hasilnya adalah sudut PPPM , papan tanda Sarana PIBG dan Keceriaan Kolam Ikan .Seperti kata pepatah jika tidak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.

No comments:
Post a Comment